Friday, December 20, 2013
Assalamualaikum salam senja diucapkan buat sahabat yang sudi singgah di ruangan sempit ku ini. Senyuuum. Terbaru untuk semua yang ku ada untuk dikongsi untung dunia sampai akhirat. Kekuatan ini Alhamdulilah gerak hati dari Allah SWT untuk membuka BUTIK mini dengan sokongan padu dari Suami dan anak2 tercinta sehingga terlaksananya hasrat yang satu ini. Suka senyuUum.
Wednesday, April 21, 2010
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini dapat memperlihatkan kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.Di samping itu ia menekankan aspek harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian.
Definisi menggambar
Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Refresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi.
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berbagai alatan dan media yang boleh digunakan bagi aktiviti menggambar , sebahagiannya ialah seperti, berbagai jenis pensil, warna pastel, warna air, warna poster, warna pensel, cat minyak, artline , berbagai jenis pen, akrilik, stensel,kolaj,capan, cetakan, lilin, berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah, bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuhan, sayuran dan buah-buahan.Selain itu,gunting,pisau lipat, gam, berbagai jenis berus lukisan ,palet juga diperlukan.
LUKISAN
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.
Langkah pengajaran
Tema yang dipilih: Pemandanga
1. Memastikan murid menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan bersesuaian
dengan tajuk yang dipilih.
2. Melakarkan gambaran yang akan dibuat diatas kertas lukisan.
3. Mewarnakan dan melengkapkan gambar yang telah dilukiskan.
MOZEK
Definisi mozek
Mengikut rujukan dari kamus Glosori Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu marmar atau pecahan tembikar.Mozek terbentuk dari hasilan yang disusun berasingan dan tidak bertindih untuk menghasilkan gambar atau corak. Antara alat dan media yang boleh digunakan ialah, berbagai kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas taip,kertas surat khabar, serta berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu dan gam simen. Bahan-bahan semulajadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering, rumput, pelbagai biji-bijian dan objek semulajadi.
Langkah pengajaran
Tema yang dipilih : Haiwan
1. Melakarkan objek diatas kertas.
2. Melengkapkan gambar dengan guntingan kertas warna .
CAPAN
Capan terhasil dengan mewarna sesuatu objek dan mengecapnya diatas permukaan rata. Media dan bahan yang digunakan untuk aktiviti capat ialah seperti kertas lukisan, Warna air, bahan-bahan semulajadi seperti jari, buah-buahan, sayur-sayuran , pisau ukiran, berus dan sebagainya.
Tema yang dipilih : Pemandangan.
Langkah pengajaran
1. Menyediakan bahan sebagai alat untuk mengecap.
2. Mewarna bahan pilihan yang akan dicap mengikut kesesuaian dan mengecap ke
atas kertas lukisan bagi membentuk gambaran yang telah dilakar terlebih dahulu.
3. Sebuah lukisan pemandangan terhasil dengan menggunakan teknik capan.
GURISAN
Gurisan juga merupakan salah satu teknik menggambar. Media dan bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan gurisan adalah , kayu, kertas, lilin, krayon, dakwat, alat geometri, pembaris dan sebagainaya.
Langkah pengajaran.
Tema yang dipilih: suasana diwaktu malam
Langkah 1
Mewarnakan kertas lukisan menggunakan krayon dengan pelbagai warna yang sesuai dengan cara melakar corak organik dan berlapis-lapis.
Langkah 2
Mewarnakan keseluruhan kertas lukisan dengan warna hitam .
Langkah 3
Mulakan aktiviti mengguris membentuk lakaran suasana yang dikehendaki.
PERCIKAN
Percikan merupakan salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ia adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus akan menghasilkan kesan ‘a speckled granit – style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain.
Tema yang dipilih: Bunga-bungaan.
Langkah-langkah pengajaran.
Langkah 1
Menyediakan bahan iaitu seperti sikat, berus gigi , warna air , pelet, dan bentuk-bentuk yang telah ditebuk sebagai acuan semasa proses percikan.
Langkah 2.
Mulakan percikan sehingga proses menggambar siap.
Langkah 3
Hasil yang telah dikemaskan
STENSILAN
Stenselen merupakan salah satu teknik menggambar . Teknik stensel memerlukan kita menyediakan blok yang ditebuk yang menggambarkan sesuatu.Stenselan ini menggunakan pensel warna atau pensel untuk meninggalkan keran garis-garis pada lakaran.
Tema yang dipilih: Buah-buahan
Langkah pengajaran.
Langkah 1
Sediakan bahan yang telah ditebuk, pensel warna.
Langkah 2
Mulakan aktiviti stensel dengan menggariskan bagi membentuk objek yang dipilih.
Langkah 3
Hasil terbentuk
GOSOKAN
Gosokan adalahg satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan.Ia adalah proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat disekeliling mereka.
Tema yang dipilih: gambar bebas
Langkah-langkah pengajaran
Langkah 1
Menyediakan kertas lukisan, dan pensel warna atau krayon.
Langkah 2.
Melakarkan gambar di atas kertas
Langkah 3
Menggosok di atas permukaan yang berbagai jalinan dan rupa.
RESIS
Resis boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan titikan atau contengan lilin.
Tema yang dipilih: hidupan semulajadi
Langkah-langkah pengajaran
Langkah 1
Menitik lilin menjadi corak yang dikehendaki kemudian mewarna dengan warna air pada keseluruhan kertas.
Langkah 2
Ulang langkah satu dengan menitikkan lilin dan mewarna seberapa lapisan yang dikehendaki.
Langkah 3
Membuang lilin dengan cara gosokan seterika atau menggosok dengan pembaris.
Langkah 4
Melengkapkan gambaran yang dikehendaki.
CETAKAN
Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat atau dicipta melaluiperpindahan dakwat keatas satu permukaan. Ia juga merupakan satu proses ulangan imej diatas satu permukaan ke permukaan yang lain.
Tema yang dipilih: gambaran suasana (angin)
Langkah-langkah pengajaran
Langkah 1
Menyediakan blok untuk cetakan dan cat minyak.
Langkah 2
Menyapu warna pada blok dan mencetak diatas kertas
Langkah 3
Mengemaskan hasil dan menjemur di panas matahari agar cepat kering.
MONTAJ
Montaj bermaksud menampal dan melekatkan gambar-gambar pada satu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian , peperangan dan alam sekitar. Ia menggunakan potongan gambar yang berkaitan dari akhbar dan majalah.
Tema yang dipilih: Perjalanan sebuah kehidupan
Langkah-Langkah pengajaran
Langkah 1
Memotong gambar-gambar yang berkaitan.
Langkah 2
Melekatkan menjadi satu corak tersendiri yang mampu bercerita .
Langkah 3.
Mengemaskan hasil yang terbentuk.
KOLAJ
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.
Tema yang dipilih:Watak kartun
Langkah pengajaran
Langkah 1
Melukis gambar di atas permukaan yang diingini.
Langkah 2
Melekatkan kertas-kertas berbagai warna yang telah dipotong.
Langkah 3
Menyiapkan proses melekat sehingga terbentuk gambar yang diinginkan.
CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat keatas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Ia dihasilkan melalui sapuan warna dengan menggunakan berus.
Tema yang dipilih: Pemandangan
Langkah-langkah pengajaran
Langkah 1
Sediakan kertas kanvas, cat akrilik, pelet dan berus.
Langkah 2
Melakar secara kasar gambaran yang akan dicat,
Langkah 3
Mengecat dan menghasilkan satu pemandangan

Subscribe to:
Posts (Atom)